Soalan Lazim
Jawapan bagi soalan yang kerap ditanya
Umum
SIDDIQ adalah aplikasi pertama yang menggabungkan pelbagai institusi untuk berinfaq setiap bulan secara automatik.
Lengkapkan 3 langkah di bawah untuk melakukan Infaq anda.
- Daftar pengguna.
- Lakukan carian institusi yang terdekat.
- Lakukan sumbangan menggunakan khidmat bank atas talian dan kad kredit/debit untuk sumbangan setiap bulan.
Buat masa sekarang, SIDDIQ menyediakan 6 kategori institusi untuk pengguna berinfaq. Pihak kami akan menambah kategori tersebut dari masa ke masa dalam langkah menambah baik servis kami kepada pengguna.
SIDDIQ tidak memegang sebarang infaq yang diberikan pengguna.
Kami menggunakan servis pihak ketiga, gerbang pembayaran KiplePay yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai platform memindahkan duit daripada akaun pengguna kepada akaun institusi. Anda boleh lihat pautan di bawah untuk kepastian berkenaan KiplePay di laman sesawang BNM:
Infaq anda adalah muktamad dan tidak boleh dibayar balik.
Ya, selamat. Kami tidak akan berkongsi atau menjual maklumat peribadi pengguna kepada mana-mana pihak berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi atau Personal Data Protection Act, PDPA. Anda boleh melawati pautan di bawah,Polisi Privasi SIDDIQ sebagai rujukan:
- Jika anda melakukan tetapan infaq bulanan tanpa memilih tarikh potongan, potongan infaq akan berlaku pada tarikh yang sama dengan tarikh tetapan infaq setiap bulan.
- Jika anda memilih mana-mana tarikh potongan selepas tarikh tetapan, potongan akan dibuat pada tarikh tersebut dan berulang setiap bulan pada tarikh yang sama.
- Jika anda memilih mana-mana tarikh potongan sebelum tarikh tetapan infaq, potongan pertama akan berlaku pada bulan seterusnya dan potongan tidak dilakukan pada tarikh yang telah berlalu pada bulan ini.
- FPX dan e-dompet untuk pemberian secara sekali
- Kad kredit/debit yang didaftarkan di platform SIDDIQ untuk pemberian infaq secara sekali dan setiap bulan.
Ya, boleh. Anda boleh daftarkan kad debit anda di aplikasi SIDDIQ untuk memudahkan anda memberi infaq secara sekali atau setiap bulan.
Kami tidak meggalakkan pengguna untuk memberi infaq berbentuk barangan, disebabkan kos penghantaran dan penyimpanan yang kami tidak tanggung.
Dengan pemberian wang sebagai infaq, wang tersebut akan diserahkan secara terus kepada institusi pilihan anda dan institusi tersebut akan membeli barangan keperluan untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.
Ya, boleh. Anda boleh berbuat demikian dengan log masuk ke dalam akaun anda sedia ada dan mengemaskini maklumat peribadi anda melalui laman sesawang dan aplikasi SIDDIQ.
Aplikasi: Profil > Papar dan Ubahsuai Profil
Pemberian Infaq anda akan membantu banyak institusi Islam di Malaysia yang anda pilih ketika anda melakukan infaq menggunakan platform SIDDIQ.
Pemberian Infaq anda dapat membantu institusi yang anda pilih dari segi perbelanjaan institusi tersebut.
Ya kami amat mengalu-alukan pemberian dari semua pihak.
Jika anda tidak mempunyai sebarang akaun bank di negara Malaysia, anda boleh memilih kad bank anda sama ada debit atau kredit untuk membuat sebarang pemberian infaq. Ia akan dicas berdasarkan kadar matawang yang digunakan oleh kad kredit/debit anda.
Anda boleh mencadangkan institusi tersebut melalui aplikasi dan laman sesawang SIDDIQ.
Ia berdasarkan saluran apa yang anda gunakan. Saluran dan jumlah minimumnya ada di bawah:
Kad debit atau kredit: RM1
Bank atas talian: RM5
E-wallet: RM2
Tiada jumlah maksimum untuk membenarkan anda memberi Infaq kepada institusi. Anda boleh memberi infaq sedikit seperti yang anda mahu menerusi atas talian. Akan tetapi, anda perlu peka akan tahap jumlah maksimum yang dibenarkan kad kredit dan debit anda atau kekangan lain yang diperkenalkan oleh institusi kewangan anda.
Cara Pembayaran
Foreign Credit Card | 7% |
Local Credit Card | 7% |
Local Debit Card | 7% |
TouchNGo E-Wallet | 7% |
Boost e-Wallet | 7% |
Alipay e-Wallet | 7% |
WeChatpay e-Wallet | 7% |
Kiplepay e-Wallet | 7% |
FPX Online Banking | RM1 |
Kami tidak menggalakkan anda memberi Infaq secara fizikal.
Kami tidak menggalakkan pengguna untuk berinfaq menggunakan cek.
Anda boleh muat turun resit invois anda daripada Infaq tab, anda boleh dapatkan resit invois sumbangan anda mengikut institusi dan keseluruhannya.
Infaq tab > muat turun semua invois
atau
Infaq tab > muat turun mengikut institusi
Ya. Anda perlu bayar segala cas yang diperlukan oleh kad kredit dan debit anda untuk melakukan Infaq
Teknikal dan Tentang Keselamatan
Ya, boleh. Kami tidak melihat dan ambil maklumat peribadi anda.
Segala pemberian Infaq diuruskan oleh pihak kiplePay, dimana sudah memetrai segala tuntutan keselamatan untuk mengekang sebarang penipuan atas transaksi daripada berlaku. Kiple mengikut garis panduan PCI Data Security Standard dan Akta Sistem Pembayaran Malaysia.
Bagi pihak SIDDIQ, laman sumbangan dikendali atas laman yang selamat untuk memastikan integriti dan keselamatan dalam segala transaksi.
Kami menggunakan servis pihak ketiga, KiplePay sebagai gerbang pembayaran untuk memudahkan proses pemberian Infaq daripada pengguna kepada setiap institusi di bawah seliaan SIDDIQ. KiplePay berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai gerbang pembayaran. Anda boleh lihat pautan di bawa untuk kepastian:
Pembatalan dan Pembayaran Balik
Ya. Anda diminta untuk memberitahu kami secepat mungkin selepas penolakan dibuat daripada akaun anda. Kami perlu membuat proses pendamaian dengan bank anda sebelum dapat melakukan proses pemulangan balik.
Anda boleh ubahsuai segala pemberian Infaq bulanan anda di Infaq tab.
Infaq anda adalah muktamad dan tidak boleh dibayar balik.