Selamat Datang
Di SIDDIQ Malaysia, kami fokus untuk membawa kemudahan teknologi hari ini dengan kebaikan memberi dan berkongsi rezeki kembali kepada komuniti sekeliling. Kami percaya kaedah infaq perlu dinaik taraf sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan masyarakat hari ini.
Kisah Kami
SIDDIQ Malaysia bermula pada pertengahan kemelut yang dihadapi dunia iaitu penyebaran COVID-19 yang mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan masyarakat setempat.
Kebiasaan masyarakat Islam Malaysia menderma kepada institusi tempatan dengan cara tunai telah menyebabkan institusi agama tempatan adalah antara yang terjejas akibat wabak COVID-19 yang melanda. Antara kaedah penyelesaian yang ambil oleh institusi adalah dengan mengutip dana secara atas talian bagi tujuan pengurusan institusi dan membantu masyarakat di sekitar namun kekangan seperti ketiadaan platform khusus yang mudah digunakan telah menjejaskan hasil kutipan.
Sebagai umat Islam, kita mempunyai tanggungjawab sosial untuk membantu kehidupan masyarakat disekeliling kita dengan berkongsikan rezeki. Oleh itu, kami mencipta cara yang lebih efisien untuk memudahkan masyarakat menderma dengan mencipta platform infaq SIDDIQ.
Kami mencipta SIDDIQ kerana kami melihat peluang untuk membantu masyarakat dan institusi agama tempatan melalui teknologi yang ada pada hari ini. SIDDIQ dicipta untuk menjadi platform utama untuk masyarakat setempat menderma kepada institusi yang ada disekeliling mereka. Kami memfokuskan kepada menyatukan derma ke atas satu platform dimana penderma boleh memilih untuk menderma kepada institusi-institusi tempatan pilihan secara serentak dan berulang.
Keistimewaan SIDDIQ adalah penderma boleh menderma secara automatik setiap bulan serendah RM1. Penderma hanya perlu membuat sekali tetapan dan potongan bulanan secara automatik akan dilakukan dari kad kredit atau kad debit penderma. SIDDIQ juga menyediakan pillihan menderma secara sekali melalui perbankan atas talian dan e-dompet.
Nilai-nilai SIDDIQ
Satu platform untuk semua institusi
- SIDDIQ memfokuskan kepada menyatukan institusi di atas satu platform bagi memudahkan masyarakat sekitar menderma.
Institusi sahih dan berdaftar
- Semua institusi yang berdaftar dengan SIDDIQ telah disahkan oleh pihak berkuasa terlibat.
Transaksi yang telus
- Semua derma akan disalurkan secara terus ke akaun institusi, SIDDIQ langsung tidak memegang sebarang dana dan terus disalurkan kepada institusi.
Pelbagai derma bulanan dan derma secara sekali
- Penderma boleh menetapkan pelbagai derma kepada beberapa institusi pilihan secara bulanan dan automatik tanpa perlu bimbang. Penderma juga boleh melakukan derma secara langsung dan sekali dengan cara perbankan atas talian dan melalui e-dompet.
Infaq kepada institusi berhampiran
- Pengguna dipaparkan institusi yang berhampiran dengan lokasi semasa pada laman utama bagi memudahkan proses pemilihan institusi bagi melakukan sumbangan.
Resit sebagai bukti sumbangan
- Penderma boleh memuat turun resit sumbangan melalui aplikasi sebagai bukti kepada sumbangan yang dilakukan.