Terma & Syarat

                 Laman SIDDIQ dan aplikasi telefon pintar SIDDIQ ini dimiliki dan dikendalikan oleh Semangat Baru Technology Sdn Bhd (1412089-T). Penggunaan laman web SIDDIQ dan aplikasi telefon pintar SIDDIQ adalah tertakluk kepada terma dan syarat pada halaman ini dan semua undang-undang yang berkenaan. Dengan mengakses dan melayari laman web SIDDIQ dan aplikasi SIDDIQ, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami sepenuhnya terma dan syarat. Sekiranya anda membenarkan orang lain menggunakan akaun anda, mereka juga terikat dengan terma dan syarat ini. Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat yang telah dikemukakan, sila jangan teruskan dengan proses pendaftaran atau pengaktifan akaun.

Hakcipta

Dokumen dan maklumat di laman web dan aplikasi telefon pintar SIDDIQ adalah hak cipta mutlak Semangat Baru Technology Sdn Bhd. Maklumat hak cipta yang terkandung dalam domain ini tidak boleh diterbitkan, diedarkan atau disalin secara terbuka dalam apa jua cara, termasuk Internet, e-mel, media sosial, atau dicetak semula. Tiada tuntutan hak cipta dibuat pada mana-mana perisian pihak ketiga, laman web, imej atau teks yang boleh dirujuk dalam bahan kami. Dengan menyalurkan sumbangan dan membuat transaksi menerusi aplikasi telefon pintar SIDDIQ, anda bersetuju untuk terikat oleh terma hak cipta ini.

Perlindungan Data

Maklumat peribadi anda tidak akan dikongsi atau dijual kepada pihak lain, mengikut garis perintah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Polisi Privasi di sini.

Kebenaran

Jika anda bersetuju dengan terma dan syarat ini, anda bersetuju untuk membenarkan SIDDIQ untuk melakukan apa-apa  berdasarkan garis panduan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) 2010. Anda membenarkan penggunaan kad kredit/debit untuk transaksi berulang, akses kepada lokasi, kamera peranti dan pengesahan bio-metrik, akses melalui internet dan pembelian dalam aplikasi.

Pengurusan Sumbangan

SIDDIQ tidak menyimpan sebarang sumbangan anda. Kami menggunakan KiplePay, yang disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai gerbang pembayaran kami untuk menyalurkan sumbangan terus ke akaun institusi.

Pembatalan Akaun

Anda berhak membatalkan akaun anda sekiranya tidak bersetuju setelah pengaktifan akaun, anda boleh melakukan proses tersebut pada pilihan tetapan di tab profil anda. Walaubagaimanapun, anda tidak akan memperoleh semula SEMUA infaq yang telah berjaya sebelum proses pambatalan akaun. Sekiranya berlaku kematian kepada pemilik akaun, waris boleh menghubungi pihak SIDDIQ untuk pembatalan akaun dan sekiranya tidak dilaporkan kematian, pihak SIDDIQ akan terus menjalankan potongan sehingga kad kredit/debit pemilik akaun dibatalkan oleh pihak bank.

Pembatalan Infaq Bulanan

Pembatalan infaq bulanan boleh dilakukan pada bila-bila masa sekiranya anda ingin menghentikan perkhidmatan potongan bulanan kepada institusi di tab Infaq Bulanan. SEMUA infaq yang telah berjaya tidak akan dipulangkan. Anda boleh melihat pembatalan yang telah dilakukan sebelum ini dan kembali menyumbang kepada institusi yang telah anda batalkan dengan membuat tetapan semula pada profil institusi.

Perubahan Jumlah Infaq Bulanan

Sebarang perubahan jumlah infaq yang telah anda tetapkan kepada setiap institusi boleh dilakukan dengan kaedah membatalkan perkhidmatan dan membuat semula tetapan baru.

Kaedah Potongan Infaq Bulanan

Jika anda melalukan tetapan infaq bulanan tanpa memilih tarikh potongan, potongan infaq akan berlaku pada tarikh yang sama dengan tarikh tetapan infaq setiap bulan.

Jika anda memilih mana-mana tarikh potongan selepas tarikh tetapan, potongan akan dibuat pada tarikh tersebut dan berulang setiap bulan pada tarikh yang sama.

Jika anda memilih mana-mana tarikh potongan sebelum tarikh tetapan infaq, potongan pertama akan berlaku pada bulan seterusnya dan potongan tidak dilakukan pada tarikh yang telah berlalu pada bulan ini.

Polisi Pemulangan Wang Infaq

Sebarang transaksi infaq yang telah dilakukan menerusi aplikasi telefon pintar SIDDIQ TIDAK akan boleh dipulangkan